banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Rumah Melaka - Pusat Promosi Perabot Dan Produk Berasaskan Kayu Di Negeri Melaka

Pengenalan

rm 1

Pusat Promosi Perabot dan Produk Perkayuan atau lebih sinonim dengan Rumah Melaka telah dibina atas tanah seluas 5 ekar yang terletak di Bukit Katil, Melaka merupakan pusat sehenti rujukan perkayuan dan perabot selain menyediakan fasiliti untuk kegunaan awam pada kadar yang berpatutan.

Rumah Melaka dibina dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman para spesifier, arkitek, jurutera, jurubina, pereka dalaman, pelajar-pelajar serta pengunjung terhadap perkembangan dan kepentingan perusahaan kayu kepada sosioekonomi Malaysia amnya selain memajukan lagi industri perkayuan serta pelancongan negara.

Kehadiran pengunjung ke Rumah Melaka ini akan dapat membantu penyebaran maklumat berkaitan industri perkayuan dan meningkatkan kesedaran mereka mengenai penggunaan kayu dan produk kayu dalam pembinaan dan kehidupan harian.

Bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk mendapat pelbagai informasi mengenai industri perkayuan terutama seni ukiran kayu, Rumah Melaka juga turut mengubahsuai ruangan bilik mesyuarat dengan membuat penambahan Galeri Produk Ukiran Kayu. Galeri ini dibina bagi memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membuat dekorasi kediaman menggunakan produk ukiran kayu dengan gaya lebih moden. Pengunjung boleh melihat produk-produk ukiran yang menampilkan hasil sentuhan pengukir kayu tersohor tempatan serta alatan yang digunakan untuk mengukir di ruangan Galeri Rumah Melaka.

Lokasi Peta





Masa Beroperasi

Isnin - Jumaat (10:00 pagi - 5:00 petang)
Sabtu & Ahad - Tutup

Hubungi Kami
Alamat: Lot 233 & 234 Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, 75450 Melaka.
Telefon: 606-232 7941
Fax: 606-232 7495
Website: www.mtib.gov.my
Facebook: MTIB Rumah Melaka
Instagram: mtibrumahmelaka_official

Masuk Percuma

Ruang Pameran & Fasiliti

  1. Galeri Ukiran
rm2

  1. Galeri Produk kayu
 Picture3rm  Picture2rm
 Picture6rm  Picture4rm


  1. Dewan Balau
a. Keluasan: 324 m2
b. Kapasiti: 18 meja bulat/ 250 buah kerusirm4

  1. Bilik Mesyuarat Karas
a. Keluasan: 36.8 m2
b. Kapasiti: 13 -20 orang
rm5

  1. Bilik Seminar Kempas
 a. Keluasan: 110 m2
b. Kapasiti: 50 orang rm6

  1. Kiosk Jualan 
 rm7

  1. Kafeteria
 rm8

Kadar Sewa

   


Terakhir dikemaskini: 08 Januari 2026